Monday, June 8, 2015

Sakit senggugut..adakah normal atau tanda2 bahaya..

Assalamualaikum pengunjung blog sekalian..apa khabar semua..saya doakan kita semua dalam keadaan baik2 dan dilindungi Allah tak kira di mana kita berada..

Hari ni saya nak kupas sikit topik berkaitan permasalahan yang biasa dialami oleh kaum hawa iaitu senggugut..



Senggugut ni adakah normal atau ia tanda-tanda kita dalam keadaan bahaya ya ?

Sebelum tu elok kita tau apa itu senggugut..

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut @ pelvis sewaktu datang haid.

Di mana pelvis, pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), saluran fallopio, dan pundi kencing.

secara fisiologi kesakitan senggugut primer  adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat lantas menimbulkan kesakitan.

Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang yang boleh merebak ke belakang dan ke bahagian peha.

Kesakitan yang paling ketara adalah pada 2 hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada juga yang selama 2-3 hari.

Kesakitan ini akan mula berkurang apabila umur kita semakin meningkat dan sebahagiannya selepas bersalin.

Disebabkan kesakitan kuat yang dialami, sesetengah wanita memikirkan bahawa dirinya telah diserang oleh suatu penyakit  yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil.

Wahai wanita di luar sana anda tidak perlu risau okey apabila anda telah memahami dan mengetahui puncanya, rawatan yang terbaik adalah berfikir secara positif.

Lazimnya senggugut primer ini biasanya dianggarkan 23-25 % melanda gadis remaja. Ia akan hilang 1-2 tahun kemudian setelah imbangan hormon menjadi normal.



1 comment:

  1. Setujuu.. Yg paling penting adlah fikiran kita... Saiko smua tu

    ReplyDelete