Tuesday, November 24, 2015

PCOS dan endometriosis

Salam Puan.nk Tanya PCOS, ENDOMETRIOSIS tu apa ya?... First time dengar

Sindrom ovari polisistik ( pcos)
Punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
PCOS adalah salah satu keadaan penyakit sistem reproduksi  yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami  haid tidak teratur engalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh d bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary) ,pundi kencing ,usus ,rektum & lain2.
Semasa proses kitaran haid pada setiap bulan ,tisu dalam rahim akan membesar & menjadi tebal seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan mengakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid,bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis),ini tidak akan berlaku ..kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar  dr bahagian badan dan menyebabkan penggumpulan darah di kawasan itu. rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalh punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang mengidap penyakit ini.

Sharing is caring

Redlife Go!!!

No comments:

Post a Comment