Thursday, September 3, 2015

Tuala Wanita dan Kanser Serviks..Mitos atau Fakta..

Assalamualaikum..selamat sejahtera pengunjung budiman..

Sini ada sedikit perkongsian Siti dapat dari kawan..selamat membaca..

Tuala Wanita dan Kanser Serviks: Mitos atau Fakta? – Dr. Mardiana Kipli

Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan menjadi mimpi ngeri kepada semua wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami penyakit ini adalah daripada golongan pertengahan umur. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan oleh orang awam mengenai faktor yang menyebabkan kanser ini. Sebelum itu, adalah penting untuk anda memahami bagaimana kanser serviks ini boleh berlaku kepada wanita.

Apakah faktor penyebab kanser serviks???

-selain hubungan seks bebas mnybbkan HPV..

-Merokok secara amnya boleh menurunkan imuniti seseorang dan mengandungi karsinogen yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis kanser. Kanser serviks merupakan salah satu komplikasi daripada merokok..

Kurang kebersihan wanita merupakan punca utama menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin, jangkitan peranakan (pelvic inflammatory disease) dan secara tidak langsung menyebabkan kanser serviks. Wanita yang mendapat keputusan pap smear menunjukkan keradangan atau ‘inflammatory’ secara berterusan walaupun punca jangkitan sudahpun dirawat perlu mendapat perhatian lanjut daripada doktor untuk memastikan keadaan ini tidak berlanjutan kepada peringkat awal kanser serviks ataupun dysplasia. Jangkitan HPV juga boleh berlaku disebabkan kurang kebersihan kelamin wanita.

    Penggunaan tuala wanita secara tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini. Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.

Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.

Dr. Mardiana Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai kelulusan  Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)

No comments:

Post a Comment