Friday, January 23, 2015

BAHAYAKAH KEPUTIHAN SAYA..

Bismillah Alhamdulillah

Keputihan…Pasti semua wanita pernah mengalaminya kan..Pasti tak selesa bila ada keputihan..bagi yang islam bila seluar dalam ada keputihan tak boleh bawa sembahyang tau..apakah sebenarnya keputihan..jika ada keputihan apakah kita punya penyakit tertentu...Mari kita berkenalan dengan keputihan..

APAKAH KEPUTIHAN 

Keputihan merupakan lendir yang keluar daripada faraj dan pangkal rahim dengan tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh kilang-kilang khas pengeluar lendir. Ingat Allah tak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada peranannya. Apakah peranan lendir ni ya?

Peranan lendir

1.Lendir berfungsi untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj daripada kekeringan ~kekeringan faraj sering dialami oleh wanita yang sudah putus haid (menopause) dan menyebabkan rasa sakit dan pendarahan dari dinding faraj.

2.Ketika berlaku persetubuhan lendir faraj memainkan peranannya dan banyak ketika naik syahwat manakala lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman benih sperma dan ovum.Selain itu lendir juga membekalkan tenaga dan makanan kepada sperma jika sperma terletak di dalam lendir dipangkal rahim. Biasanya sperma hidup antara 24 – 28 jam sahaja.


Apakah yang mengawal pengeluaran lendir

Pengeluaran lendir dari faraj dipengaruhi oleh paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut.

Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron.

 Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan. Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tiada sebab untuk dibimbangkan.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang teramat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

SIFAT LENDIR YANG NORMAL

1.    Jernih
2.    Cair
3.    Tidak berbau
4.    Tiada rasa gatal
5.     

KEPUTIHAN  YANG BERBAHAYA
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sIstem peranakan.

1.Lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah,
2.berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.
3.warna lendir itu kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

JENIS2 JANGKITAN KUMAN, GEJALA DAN KOMPLIKASINYA

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan.

 Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Bacterial vaginosis (BV) 


Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.

50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.

Candida Albican (Kulat) 

Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko tinggi adalah wanita mengandung, mengidap kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa agak panjang.

Chlamydia trachomatis 

Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi parasit yang suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Simptom dan tanda-tanda. 

Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simtom-simtom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.

Komplikasi 

jangkitan chlamydia boleh 'naik' ke dalam rahim dan menyebabkan radang pangkal rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang teruk. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.

Nesseria gonorrhoea 

Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simtom tetapi bagi mereka yang bersimtom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.

Komplikasi 

Komplikasi sama seperti chlamydia iaitu jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan saluran tiub. Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.

Lelaki samada pasangan atau suami boleh mengidap gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain
.
Trichomonas vaginalis (T.V.) 

T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.


TIPS UNTUK SIHAT

1.      Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
2.      Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
3.      Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
4.      Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
5.      Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
6.      Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan seperrti LEXEE. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
7.      Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
8.      Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.


Rujukan : http://klinikkeputihan.blogspot.com/2011/04/masalah-keputihan-dan-jangkitan-kuman.html#


Kini anda boleh uji sendiri tahap kesihatan vagina anda dengan kad ujian kesihatan vagina. Kad ini akan diberi secara PERCUMA kepada anda dengan pembelian pad atau pantyliner lexee.

Gunakan pantyliner Lexee untuk merawat masalah keputihan anda.


saya sedia membantu anda.Hubungi saya di nombor 010 5302853 ~ sms,wassap,telegram

2 comments:

  1. no comment...just blogwalking ...btw,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete