Bismillah Alhamdulillah
Keputihan…Pasti semua wanita pernah mengalaminya kan..Pasti tak
selesa bila ada keputihan..bagi yang islam bila seluar dalam ada keputihan tak
boleh bawa sembahyang tau..apakah sebenarnya keputihan..jika ada keputihan
apakah kita punya penyakit tertentu...Mari kita berkenalan dengan keputihan..
APAKAH KEPUTIHAN
Keputihan merupakan lendir yang keluar daripada faraj dan
pangkal rahim dengan tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh kilang-kilang khas
pengeluar lendir. Ingat Allah tak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Pasti
ada peranannya. Apakah peranan lendir ni ya?
Peranan lendir
1.Lendir berfungsi untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran
faraj daripada kekeringan ~kekeringan faraj sering dialami oleh wanita yang
sudah putus haid (menopause) dan menyebabkan rasa sakit dan pendarahan dari
dinding faraj.
2.Ketika berlaku persetubuhan lendir faraj memainkan peranannya
dan banyak ketika naik syahwat manakala lendir pangkal rahim memainkan peranan
dalam percantuman benih sperma dan ovum.Selain itu lendir juga membekalkan
tenaga dan makanan kepada sperma jika sperma terletak di dalam lendir dipangkal
rahim. Biasanya sperma hidup antara 24 – 28 jam sahaja.
Apakah yang mengawal pengeluaran lendir
Pengeluaran lendir dari faraj dipengaruhi oleh paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut.
Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron.
Wanita-wanita yang sedang
dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang
tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir
yang berlebihan. Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai
fisiologi atau biasa dan tiada sebab untuk dibimbangkan.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku disebabkan oleh gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang teramat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
SIFAT LENDIR YANG NORMAL

1. Jernih
2. Cair
3. Tidak berbau
4. Tiada rasa gatal
5.
KEPUTIHAN YANG BERBAHAYA
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sIstem peranakan.
1.Lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah,
2.berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling
faraj.
3.warna lendir itu kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.
JENIS2 JANGKITAN KUMAN, GEJALA DAN KOMPLIKASINYA
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan.
Tetapi apabila jangkitan
kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan
timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan
lain-lain.
Bacterial vaginosis (BV)
Selalunya berlaku kepada 10-30% wanita dalam usia reproduktif mereka. Di dalam faraj seseorang wanita terdapat bakteria baik (lactobacillus) yang bertugas mengimbangi keadaan asidik sejurus memberi pelindungan dalam faraj dari bakteria yang berbahaya. BV terhasil apabila bakteria jahat seperti Gardnerella vaginalis dan genital mycoplasma tumbuh lebih banyak dari bakteria baik lactobacillus. Wanita berisiko tinggi untuk mendapat BV termasuk wanita yang muda (remaja), pengamal vaginal douching (kerap membasuh faraj dengan air atau sabun), IUCD (alat mencegah mengandung dalam rahim) dan mereka yang mempunyai ramai pasangan seks.
50% daripada BV tiada gejala. Bagi mereka yang mengalami gejala, selalunya akan mempunyai lendiran putih-keputihan yang banyak dan berbau busuk. Gejala ini lebih teruk selepas hubungan seksual atau selepas haid. Faraj dan kawasan kemaluan selalunya tidak bengkak.
Candida Albican (Kulat)
Dua pertiga dari wanita akan mengalami masalah ini. Majoriti organisma yang bertanggung jawab adalah sejenis kulat (Candida albican). 50% dari mereka yang berjangkit mengadu gatal di bahagian faraj (Pruritis). Lendiran putih pekat (seperti dadih), tidak berbau dan menyebabkan faraj melecet dan sakit semasa hubungan kelamin. Wanita yang berisiko tinggi adalah wanita mengandung, mengidap kencing manis ataupun mengambil antibiotik bagi jangkamasa agak panjang.
Chlamydia trachomatis
Penyakit ini kerap menjangkiti pesakit yang berumur 25 tahun ke atas. Organismanya bukan bakteria atau virus tetapi parasit yang suka tinggal di dalam sel-sel faraj pesakit. Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.
Simptom dan tanda-tanda.
Lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks adalah antara simtom-simtom penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakkan wanita tidak mengalami apa-apa tanda.
Komplikasi
jangkitan chlamydia boleh 'naik' ke dalam rahim dan menyebabkan radang pangkal rahim,rahim, tiub dan alat kelamin wanita. Pesakit juga akan mengalami sakit di bahagian ari-ari dan perut yang teruk. Tiub saluran Fallopian boleh tersumbat menyebabkan mengandung luar rahim atau ketidaksuburan.
Nesseria gonorrhoea
Gonorrhoea adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh organisma N. Gonorrhoea. Pesakit selalunya tidak mempunyai simtom tetapi bagi mereka yang bersimtom, akan mengalami lendiran faraj yang selalunya banyak, bernanah dan sakit di bahagian ari-ari. Kadangkala mereka mengalami pendarahan faraj selepas haid atau selepas hubungan seks. Komplikasi jangkitan semasa mengandung boleh membawa kepada kelahiran pra-matang.
Komplikasi
Komplikasi sama seperti chlamydia iaitu jangkitan dari faraj boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan radang pangkal rahim, rahim dan saluran tiub. Ia boleh menyebabkan tiub rosak dan tersumbat. Ini boleh membawa kepada komplikasi mengandung luar rahim dan ketidaksuburan.
Lelaki samada pasangan atau suami boleh mengidap gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain
.
Trichomonas vaginalis (T.V.)
T. vaginalis adalah penyakit kelamin yang melibatkan hingga 30% wanita yang aktif seks di negara-negara membangun. Organisma yang bertanggung jawab adalah protozoa yang hanya terdapat di dalam faraj wanita. Seseorang yang mendapat infeksi T.V. akan mengalami bengkak faraj, lendiran yang berwarna hijau (atau apa-apa warna) yang berbuih. Infeksi tersebut boleh merebak ke dalam rahim menyebabkan bengkak pangkal rahim, rahim, tiub dan radang alat kelamin. Pesakit juga boleh mengalami gatal faraj dan di bahagian kemaluan. Simptom selalunya lebih teruk semasa haid atau sejurus selepas haid.

TIPS
UNTUK SIHAT
1. Hindari pengunaan sabun, gel dan
sebagainya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar
faraj, atau gunakan pembersih
peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj
ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh
menyebabkan jangkitan
3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai
seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu
yang lama
4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan
disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh
mengundang bakteria bersarang
6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis
"unscented" dan ada
pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan seperrti LEXEE. Elakkan
wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan
keadaan.
7. Pastikan mencuci dubur selepas
membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak
kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing
kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet
bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi
sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari
diserang mikroorganisma patogen lain.
Rujukan : http://klinikkeputihan.blogspot.com/2011/04/masalah-keputihan-dan-jangkitan-kuman.html#
Kini anda boleh uji sendiri tahap kesihatan vagina anda dengan kad ujian kesihatan vagina. Kad ini akan diberi secara PERCUMA kepada anda dengan pembelian pad atau pantyliner lexee.
Gunakan pantyliner Lexee untuk merawat masalah keputihan anda.
no comment...just blogwalking ...btw,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging
ReplyDeleteT.kasih kerana mengunjungi blog saya :)
Delete