Assalamualaikum semua..hari ni admin nak bongkar sedikit tentang rahsia 'peneman' kita tiap bulan ni..ishh..semua kena ambil tahu ni...penting ni..
Kalau korang nak tahu tuala wanita biasa tu sebenarnya dibuat daripada kertas kitar semula..Ditambah pula bahan kimia untuk menghilangkan warna dan bau..
Begini lah ringkas cerita penghasilan tuala wanita kita. Tapi bukan sahaja tuala wanita terhasil, malah ada bahan sampingan lain terhasil sama tau..APA DIA..Itulah dioksin..APA TU..
DIOKSIN adalah salah satu bahan
kimia yang paling toksik yang diketahui oleh Sains. Dioksin dikenali sebagai
satu ancaman kesihatan yang serius dan ia karsinogenik. Dioksin juga sebahagian
bahan kimia toksik yang telah digunakan untuk menghasilkan Agen Oren.
Agen Oren telah digunakan pada tahun 1960-an
hingga 1970-an oleh Tentera AS untuk membunuh dan mencederakan rakyat Vietnam
di kawasan pertanian dan hutan-hutan. Ramai rakyat Vietnam yang terbunuh dan
dilahirkan cacat, ia kekal sehingga
bergenerasi walaupun sehingga kini .
DIOKSIN adalah kelas bahan kimia yang tercemar, ia terbentuk semasa
proses pembakaran seperti pembakaran sisa, kebakaran hutan dan pembakaran
sampah belakang rumah, serta semasa beberapa proses industri seperti pelunturan
pulpa kertas dan pembuatan herbisid.
Tuala wanita
serta lampin kain bayi pada mulanya dihasilkan daripada bahan mentah pulpa kayu.
Pulpa kayu juga menjalani proses pelunturan seperti kertas kitaran semula untuk
dijadikan kertas putih. Walaupun pulpa kayu adalah lebih bersih daripada kertas
kitar semula yang digunakan sebagai bahan mentah pad dan lampin pakai buang,
malangnya, klorin dioksida digunakan semasa proses pelunturan.
Proses-pelunturan klorin
mewujudkan hasil sampingan toksik terutamanya Dioksin. Dan Dioksin yang kekal
di atas kertas terluntur telah digunakan untuk membuat pad pakai buang dan
lampin, termasuklah kertas tisu. Selain
itu, warna kertas putih memberi kita tanggapan bahawa ia adalah bersih tetapi
sebenarnya tidak dan itulah sebabnya ia boleh menyebabkan kegatalan dan
kerengsaan pada kulit. Lebih buruk lagi, menurut kajian yang dijalankan oleh
Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar, Dioksin adalah karsinogenik, toksik
kepada sistem imun dan pembiakan, dan telah terlibat dalam endometriosis dan
gangguan hormon jika digunakan berulang kali.
Sebab tu lah DIOKSIN dikatakan pembunuh sonyap...
So selama ni kita memang terancam dan mengancam diri sendiri kalau kita tak nak berubah..Apa yang paling siyes..cam gambo kat bawah ni cakap..
Sebab tu admin mengajak anda semua bertukar ke pad dan panty liner LEXEE yang diperbuat 100% daripada kapas..suci dan selamat..